Saturday, 29 September 2012

Lesson Learned #1

Dearies,

Just done with my module, pembentukan insan kamil. At first, kami ada sesi ceramah , dalam fikiran dah mengantuk mengantuk, oh ye nak bawak earfon , bila check beg semua da ada, saya dan kawan2 pun mengorak langkah untuk menuju kejayaan .hehehe tapi dok pikiaq ngantok bagai semua.Okay done with those murmuring. Apa yang menariknya ceramah tadi ??? Okay seperti tajuk pembentukan insan kamil, insan kamil dengan kata nama lain insan yang sempurna. Memang tiada manusia yang sempurna dalam dunia ni tapi kita semua boleh berubah menjadi yang lebih baik bukan ?

Dengan jujurnya ingin mengakui bahawa ceramah tadi tak mengantuk dan seronok untuk jadi halwa telinga masing masing jadinya tak perlukan earfon bagai semua kerana penceramah cakap pabila berada dalam majlis ilmu , malaikat ada bersama untuk mendoakan kita.Malaikat kan tak pernah buat salah jadi bila dia nak doakan untuk kita mestilah Allah dengar dan makbulkan . Tapi macam mana pula nak malaikat doakan kita?? Kena lah fokus jadi makanya nak berkongsi sedikit tentang :

i. REDHA.

Redha Allah terletak pada redha ibu bapa kita terhadap kita maknanya jika kita buat marah dekat mak abah sampai mak abah tak redha pada kita makanya, redha Allah pun automatik tiada untuk kita, a bit scary kannn??

ii. SOLAT.

Solat lah kita biarpun kita jadi sejahat jahat manusia sebab mungkin dari kerajinan kita solat tu turunnya hidayah Allah untuk kita, semua orang mengharapkan hidayah tu kan.Lagipun, semua orang tahu bahawa solat itu tiang agama. Cuba bayangkan tiang rumah kita runtuh apa yang ada, tak payah bayangkan rumah lah .Bayangkan kita main UNO yang susun susun bongkah batu kalau kita tak bina tiang yang utuh , tarik satu bongkah je dah hancur. Jadi cuba kita bayangkan macam mana agaknya tiang agama kita kalau kita tak solat. Takutnyaa. Aku pun ada baca dalam Al-Quran dan banyak kali diulang, Allah akan memberi petunjuk dan menyesatkan sesiapa yang dikehendakinya, see??? SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA!! Ohmyy Allah , jauhkan kami please daripada jadi hambaMu yang kau kehendaki , relakan untuk sesat. (AMIN!) sebab bila korang baca ayat tu macam meremang takut semua ada sebab kalau kita tergolong dalam golongan yang Allah sesatkan macam mana??? Memang kita tak tahu dan sebab kita tak tahu laa kita kena buat baik, solat, berdoa banyak2.  Apa apa pun, semuanya balik pada solat.

Jangan risau!

Allah tu sweet sangat!! Allah tu maha mendengar, melihat lagi mengetahui. Allah tu maha segalanya dan nikmat tuhan manakah yang kita dustakan? Jadi sepanjang ceramah dan hari yang berlalu hari ini, aku banyak terfikir tentang diri sendiri, terlalu banyak dosa untuk dihitung.

Untuk LDK pula, biasalah ice breaking dan kerja kerja dalam kumpulan tu dan so far best lah sebab budak-budak LDK tu masyaALLAH banyaknya ilmu agama , nampak je cam biasa, otai2 blur2 tapi smart kot otak diorang so, don't judge a book by its cover :)




No comments:

Post a Comment